Saturday, February 4, 2012

Safee Sali ; Selamat sehingga 22 Mac..

Setiausaha Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay memberikan gambaran bahawa Safee Sali masih lagi boleh mewakili skuad Bola Sepak Kebangsaan, Harimau Malaya tetapi hanya sehingga 22 Mac depan. Itu adalah jawapan yang diberikan apabila ditanya mengenai peluang Safee Sali untuk menyarung jersi kebangsaan yang juga Ketua Pasukan Pelita Jaya. Namun, apa yang akan berlaku selepas itu adalah bergantung kepada bagaimana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyelesaikan kemelut status pengharaman Liga Super Indonesia (ISL).

Ini adalah tempoh masa yang diberikan oleh FIFA dan AFC yang memberikan tempoh sehingga 22 Mac depan kepada PSSI untuk mengadakan satu sidang kongres dan pilihanraya bagi menyelesaikan kemelut mengenai status liga yang diharamkan. Biarpun PSSI menganggap ISL sebagai sebuah liga haram tetapi di kaca mata FIFA dan AFC, badan induk bola sepak Indonesia itu perlu menyelesaikan kekeliruan yang melanda dengan menghimpunkan semua pasukan yang bertanding di bawah satu liga. Dan Alex juga menegaskan bahawa, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan atau arahan kepada PSSI untuk menyenaraikan nama-nama pemain yang bermain dalam ISL seperti yang dilaporkan sebuah portal berita Indonesia.


Jika tiada penyelesaian positif dapat diambil selepas 22 Mac, masa depan Safee Sali untuk menyarung jersi kebangsaan jelas tidak menentu. Alex juga lex memberi nasihat kepada bintang penyerang negara itu supaya bersedia berdepan sebarang risiko jika PSSI berdepan tindakan penggantungan.

0 comments:

Post a Comment