This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Status Safee Sali selamat

Status Safee Sali untuk mewakili dengan Pasukan Negara selamat sehingga 22 Mac ini.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, February 4, 2012

Safee Sali ; Selamat sehingga 22 Mac..

Setiausaha Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay memberikan gambaran bahawa Safee Sali masih lagi boleh mewakili skuad Bola Sepak Kebangsaan, Harimau Malaya tetapi hanya sehingga 22 Mac depan. Itu adalah jawapan yang diberikan apabila ditanya mengenai peluang Safee Sali untuk menyarung jersi kebangsaan yang juga Ketua Pasukan Pelita Jaya. Namun, apa yang akan berlaku selepas itu adalah bergantung kepada bagaimana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyelesaikan kemelut status pengharaman Liga Super Indonesia (ISL).

Ini adalah tempoh masa yang diberikan oleh FIFA dan AFC yang memberikan tempoh sehingga 22 Mac depan kepada PSSI untuk mengadakan satu sidang kongres dan pilihanraya bagi menyelesaikan kemelut mengenai status liga yang diharamkan. Biarpun PSSI menganggap ISL sebagai sebuah liga haram tetapi di kaca mata FIFA dan AFC, badan induk bola sepak Indonesia itu perlu menyelesaikan kekeliruan yang melanda dengan menghimpunkan semua pasukan yang bertanding di bawah satu liga. Dan Alex juga menegaskan bahawa, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan atau arahan kepada PSSI untuk menyenaraikan nama-nama pemain yang bermain dalam ISL seperti yang dilaporkan sebuah portal berita Indonesia.


Jika tiada penyelesaian positif dapat diambil selepas 22 Mac, masa depan Safee Sali untuk menyarung jersi kebangsaan jelas tidak menentu. Alex juga lex memberi nasihat kepada bintang penyerang negara itu supaya bersedia berdepan sebarang risiko jika PSSI berdepan tindakan penggantungan.

Friday, February 3, 2012

Status Safee Sali

Tanda tanya akan ke manakah penyerang sensasi Bola Sepak negara, Safee Sali akhirnya terjawab apabila beliau memperbaharui kontraknya bersama Pelita Jaya untuk 2 tahun lagi. Pelita Jaya menawarkan kontrak bernilai RM2 juta, menyaksikan kenaikan sekali ganda berbanding dengan kontrak sebelumnya iaitu AS$150,000 (RM456,000) yang telah pun tamat pada 31 Januari yang lepas. Selain daripada gaji yang lumayan, Safee juga diberikan pakej lumayan faedah-faedah lain seperti penginapan, kenderaan dan pemandu peribadi. Selain daripada Pelita Jaya, dimaklumkan bahawa Safee juga mendapat tawaran daripada antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand. Keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus kekal dengan Pelita Jaya FC selepas berfikir dengan semasak-masaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Namun, terdapat juga beberapa isu yang melanda terutamanya akan status Safee Sali sebagai pemain dalam pasukan negara, Harimau Malaya. Ini adalah kerana kemelut di antara Liga Super Indonesia (ISL) dan FIFA yang sekarang ini masih menjadi tanda tanya. Sebuah portal berita Indonesia, Republica co.id semalam AFC telah secara rasmi pemain yang beraksi dalam ISL di Indonesia tidak dibenarkan mewakili skuad kebangsaan. Portal itu juga menyatakan bahawa FIFA dan AFC telah menghantar sepucuk surat kepada kepada Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang mengarahkan pemain yang beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) tidak lagi dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan. Sementara itu di pihak Malaysia, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan pihaknya menerima surat peringatan dari PSSI mengenai status terkini Safee.

Buat masa ini, nama Safee Sali masih lagi tersenarai dalam Skuad Kebangsaan. Malah, namanya pun disenarai dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Filipina tidak lama lagi. Semoga masalah ini selesai dan diperjelaskan secepat mungkin.


Mamat Jarum FM :: Biasalah kan berita.. dengar boleh, percaya jangan..

Tuesday, January 31, 2012

Piala Thomas & Uber 2012 (Jadual Pusingan Kelayakan)

Pada undian bagi Pusingan Kelayakan Piala Thomas & Uber 2012 yang dilakukan oleh Konfederasi Badminton Asia (ABC), Malaysia telah diundi ke dalam kumpulan D bersama-sama dengan Korea Selatan dan Hong Kong untuk Piala Thomas sementara Malaysia diundi bersama-sama dengan China dan India untuk Piala Uber. Pertandingan ini akan menentukan 4 tiket untuk ke Piala Thomas & Uber yang akan diadakan di Wuhan, China pada bulan Mei depan.


Pusingan Kelayakan Piala Thomas dan Piala Uber 2012
Tarikh : 14/2/2012 - 19/2/2012
Tuan Rumah : Macau, China


Piala Thomas / Thomas Cup
Group A : China, Taiwan, and Vietnam
Group B : Indonesia, India, Singapore and Macau
Group C : Japan, Thailand, Sri Lanka and Kazakhstan
Group D : South Korea, MALAYSIA and Hong Kong

Skuad Piala Thomas Malaysia 2012
1.Datuk Lee Chong Wei (1)
2.Muhammad Hafiz Hashim (33)
3.Liew Darren (45)
4.Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (6)
5.Lim Khim Wah/Goh V Shem (33)
6.Mohd Arif Abdul Latif
7.Hoon Thien How/Toe Kok Siang


Piala Uber / Uber Cup
Group W : China, India and MALAYSIA
Group X : Taiwan, Singapore and Vietnam
Group Y : Thailand, Indonesia, Sri Lanka and Kazakhstan
Group Z : Japan, Hong Kong and Macau

Skuad Piala Uber Malaysia 2012
1.Tee Ji Ying
2. Lydia Cheah
3.Sonia Cheah
4.Sannnatasah Saniru
5.Chin Ee Hui, Wong Pei Tty
6.Woon Khe Wei, Vivian Hoo
7.Goh Liu Ying, Lim Yin Loo.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.

Monday, January 30, 2012

Sukan untuk negara

Assalamualaikum semua..

Pasti ramai di luar sana yang meminati dunia sukan bukan? Jadi, blog ini dihasilkan demi untuk memuaskan keperluan hati peminat-peminat sukan khasnya di tanah air kita yang tercinta, Malaysia. Sukan seperti bola sepak, badminton, hoki, sepak takraw, squash antara sukan-sukan berprofil tinggi di Malaysia. Berbagai-bagai cerita, berita, perkembangan sama ada baik dan buruk menghiasi dunia sukan kita.

Portal ini akan menyediakan berita-berita sukan ini mengikut keadaan dan bermula daripada sedikit dan ditambah satu demi satu.

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara
Salam.